Jumaat, 25 September 2015

PENGAJARAN

      Banyak pengetahuan yang diperolehi daripada penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Antaranya Malaysia telah mengambil langkah yang dinamis untuk bersaing dengan negara lain.

            Negara juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan antarabangsa dalam menghadapi pelbagai ancaman luar. Selain itu Malaysia juga mewujudkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat dan meningkatkan ekonomi negara. Iktibar pada diri ialah kita harus hidup bersatu padu dan memupuk kerjasama serta bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Kita juga harus mempunyai  sifat jati diri dan menyemai semangat cinta negara.

            Iktibar pada bangsa pula ialah dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global serta mengamal dan menghayati nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan. Iktibar kepada negara pula ialah negara harus menjalin hubungan baik dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa menyokong usaha untuk memelihara keamana. Selain itu segala pertikaian harus diselesaikan secara diplomasi dan mengamalkan sikap toleransi.
\
              Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang setelah menyertai dan bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah menjadikan negara maju setanding dengan negara lain. Negara juga diharap dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Selain itu, melalui hubungan dan penyertaan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau memantapkan lagi hasrat untuk mencapai Wawasan 2020.




Tiada ulasan: