Jumaat, 25 September 2015

ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION (OIC)


PENGENALAN

Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلاميOrganisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara AfrikaCaucasusAsia TenggaraAsia TengahBalkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.


 OBJEKTIF


  1. Memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota.
  2. Meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah,kemerdekaan dan hak mereka.
  3. Menyalaras kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sosial budaya serta mengatur rundingan antara negara anggota.
  4. Mewujudkan kerjasama dan kesefahaman antara negara anggota dengan negara lain.
  5. Mengambil pelbagai langkah dalam meningkat keamanan serta keselamatan antara negara anggota.

TUJUAN UTAMA PENUBUHAN

  Mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam menggalakkan kepentingan mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan pemeliharaan keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa melibatkan umat Islam.

Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. Peranan Malaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasalan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus menekan Iran menggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global.
Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah kini menjadi lebih besar dengan krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang sehingga kini belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari penyelesaian terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita, beribu-ribu orang menderita...mereka terperangkap di tengah-tengah peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang Kemuncak dua hari itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Dalam konteks Timur Tengah, penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin mengiktiraf satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan sesuatu yang OIC dan Liga Arab terus usahakan. Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dengan kemunculan kerajaan perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas.

Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka sendiri dilihat saling bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan diatur dan dilaksanakan sejak puluhan tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa perlaksanaan yang signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan mengatur kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat kegagalan inisiatif yang dibentuknya. Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu ini. Persepakatan antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati kembali kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dari cengkaman Israel dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah dilihat merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak mempunyai prinsip dan pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama lain.

Sejarah sendiri telah memaparkan betapa kesatuan antara kedua-dua kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat persefahaman dan titik temu yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak. Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan serta ancaman kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu perpaduan antara kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan OIC seharusnya ialah memastikan masalah tersebut diselesaikan.

SEJARAH DAN MATLAMAT

Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat,Mangribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajPerdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-


  • Lahore, Pakistan (1972)
  • Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
  • Casablanca, Maghribi (1984)
  • Dakar, Senegal (1991)
  • Casablanca, Maghribi (1994)
  • Teheran, Iran (1997)
  • Doha, Qatar (2000)
  • Putrajaya, Malaysia (2003)

CARTA OIC



Setiausaha Agung OIC

  1. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman ( Malaysia 1971-1973)
  2. Hassan Al-Touhami (750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir 1974-1975)
  3. Dr Amadou Karim Gaye (Bendera Senegal Senegal 1975-1979)
  4. Habib Chatty (800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki 1979-1984)
  5. Syed Sharifuddin Pirzada (Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan, 1985-1988)
  6. Dr Hamid Algabid ( Niger, 1989-1996)
  7. Dr Azeddine Laraki ( Maghribi, 1997-2000)
  8. Dr Abdelouahed Belkeziz ( Maghribi, 2001-2004)
  9. Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu (800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki, 2005-)


OIC kini mempunyai 55 keahlian iaitu: 

  • Afghanistan, 
  • Albania,
  •  Algeria, 
  • Azerbaijan, 
  • Bahrain, 
  • Bangladesh, Benin, 
  • Bosnia, 
  • Herzegovia, 
  • Brunei, 
  • Burkina Faso, 
  • Cameroon, 
  • Chad, 
  • Comoros, 
  • Djibouti,
  •  Mesir, 
  • Gabon, 
  • Gambia, 
  • Guinea, 
  • Guinea Bissau, 
  • Indonesia, 
  • Iran, 
  • Iraq, 
  • Jordan, 
  • Kuawait, 
  • Kyrghstan, 
  • Lebanon, 
  • Libya, 
  • MALAYSIA (PENGERUSI), 
  • Maldives, 
  • Mali, 
  • Mairitania, 
  • Maghribi, 
  • Mozambique, 
  • Niger, 
  • Nigeria, 
  • Oman, 
  • Pakistan, 
  • Palestine, 
  • Qatar, 
  • Arab Saudi, 
  • Senegal, 
  • Sierra Leone, 
  • Somalia, 
  • Sudan, 
  • Surinam, 
  • Syria, 
  • Tajikstan, 
  • Tunisia, 
  • Turkmenistan, 
  • Turki, 
  • Uganda, 
  • Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan,
  •  Yaman.
Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) mempunyai tiga badan utama:

SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

SEKRETARIAT

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.




NEGARA-NEGARA PEMERHATI OIC


NEGARA                            TAHUN SERTAI

Bosnia Herzegovina                           1994
Afrika Tengah                                     1997
Thailand                                              1998 
Rusia                                                    2005
Turkish Cypriot State                        1979

PERTUBUHAN/ORGANISASI MUSLIM

Moro National Liberation Front        1997
ORGANISASI-ORGANISASI ANTARABANGSA
United Nations (UN)                           1976
Non-Aligned Movement (NAM)         1977
League of ARAB STATES (LAS)       1975
The African Union (AU)                      1977
ECONOMIC COOPERATION             1995

FAEDAH MALAYSIA DALAM OIC 


Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,


Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.

PERANAN MALAYSIA DALAM

 PERTUBUHAN OIC


● Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antaranya adalah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan , menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.

● Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran.

● Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.

● Dalam bidang pendidikan pula, Negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan university-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.

● Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin, Somalia dan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah Pengerusinya. Malaysia juga dilantik sebagai Pengerusi dalam Kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan.

● Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat  Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

● Kejayaan terbesar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.


Kedudukan Islam dalam Dasar Luar Malaysia 
Dari segi sejarahnya dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan serta penduduk majoritinya beragama Islam, maka sejak merdeka lagi Malaysia mempunyai dasar luar yang mendekati Negara-negara Islam. Pendekatan dasar sebegini dapat memberi kepentingan politik dan ekonomi kepada Malaysia. 

Faktor Islam dan Negara Islam telah diambil kira dalam memutuskan keterlibatannya dalam misi pengaman PBB. Malaysia menganggap keselamatan dan kerjasama Ummah adalah penting. Hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam jelas dalam OIC, malahan Malaysia adalah salah saru negara pengasas pertubuhan OIC. Malaysia sering menggunakan pelbagai platform antarabangsa untuk mengenengahkan isu-isu yang mengancam kedudukan negara dan persepsi terhadap OIC, keselamatan Ummah dan krisis politik antarabangsa yang berlaku di negara-negara Islam. Pengiktirafan PBB terhadap pasukan keselamatan Malaysia sejak tahun 1960 membolehkannya memainkan peranan yang lebih aktif dalam mencorakkan kedamaian sejagat yang melibatkan umat Islam.

Selain daripada itu, untuk beberapa dekad ini, Malaysia memperjuangkan hak kedaulatan Palestin dan mengambil sikap anti zionism. Pada tahun 90an, Malaysia memainkan peranan penting dalam isu dan konflik di Bosnia dan Kosovo, di mana Malaysia bersama-sama negara-negara lain mengambil bahagian dalam misi pengaman PBB ditempat-tempat tersebut. Ini jelas mencerminkan bahawa Dasar Luar Malaysia sering diwarnai oleh kedudukan Islam serta aktifnya negara untuk menjaga keamanan sejagat dan menyeru kepada perpaduan Ummah.

Sesungguhnya PBB, bertanggungjawab kepada urus tadbir dunia sejagat (global governance) untuk mengawal dan menyelia keamanan dunia. Namun begitu kini timbul keraguan terhadap kemampuannya berbuat demikian. Semakin hari semakin dilihat hilang 'taring'nya dalam menangani isu-isu antarabangsa. Dewasa ini, banyak usaha misi pengaman antarabangsa yang sebelum ini diterajui oleh PBB telah 'diswastakan' kepada kuasa-kuasa besar tertentu yang mempunyai pelbagai kepentingan yang terselindung (hidden agenda). Misi pengaman antarabangsa dikatakan pada hari ini telah hilang sifat “collective security”nya dan 'multilateralisme’nya. Ianya sering dilihat bertindak untuk memenuhi dan mempertahankan kepentingan nasional negara-negara ahli tetap Bangsa-bangsa Bersatu dan kuasa besar tertentu dan berkepentingan di PBB.

Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestine disemua platform antarabangsa dan telah mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke kawasan lembah tersebut untuk membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan berkaitan hak asasi manusia atau pelanggaran terhadapnya. Namun demikian, keputusan untuk menghantar misi pengaman hanya boleh dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB dan tiada pihak lain yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut.

Kejayaan peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya dalam konteks penyelesaian penglibatan dalam menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat mengambil berat terhadap konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah membuktikan bahawa strategi pengurusan konflik secara permuafakatan, pengelakan dan penyesuaian serta persaingan yang baik telah berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis yang menjejaskan keamanan dan kestabilan negara. 

Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara jiran dengan menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan konflik serantau. Selepas beberapa tahun, pendekatan diplomasi Malaysia ini telah berjaya menyumbangkan untuk menghasilkan negara dan rantau yang aman dan stabil. 

Malaysia telah memainkan peranan utama dalam usaha menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina serta mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa dan PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014. 

Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba 'menjual' kaedah diplomasinya kepada beberapa buah negara lain yang sedang menghadapi masalah yang sedemikian rupa seperti Myanmar (isu Rohingya) dan Thailand (isu selatan Thai). Yang terkini, Malaysia telah menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah di Palestin. Adalah dialukan kini sebuah kerajaan perpaduan merangkumi Fatah dan Hamas ditubuhkan di Palestin. Ini merupakan permulaan kepada satu episod baru dalam politik dan ekonomi antarabangsa di era globalisasi. Apatah lagi, bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia yang ingin mencapai status 'negara kuasa pertengahan' (middle power state). Cabaran yang bakal dihadapinya semakin mencabar dan berliku terutamanya apabila landskap geopolitik antarabangsa begitu ”fragile” kini. Penerimaan sebuah negara segabai 'Negara kuasa pertengahan' mengikut konsep yang digunapakai oleh penulis dan cendiakawan adalah berkait dengan hubungan antarabangsa dan masyarakat sesebuah negara yang tidak 'besar' dan tidak juga 'kecil' tetapi boleh berdikari serta mampu memberikan idea dan terlibat aktif dalam sistem pelbagai hala (multilateral) serta memberi impak dalam hubungan dan politik antarabangsa. 

Malaysia sentiasa berusaha mencari penyelesaian aman dan berterusan bagi konflik-konflik rantau ataupun antarabangsa melalui prinsip kesederhanaan dan keseimbangan. Saya juga berpendapat bahawa Malaysia atau dasar luar berhubung dengan misi PBB perlu:
  1. mengenengahkan agenda wasatiyyah atau “moderation”
  2. menggalakkan pendekatan pengantaraan serta berkongsi pengalaman dan kepakaran sebagai pengantara dalam usaha mencari penyelesaian yang aman dan berterusan terhadap konflik-konflik serantau dan antarabangsa;
  3. mengukuhkan lagi operasi dan pelaksanaan misi pengaman di serata dunia. Malaysia turut juga dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran sepanjang penglibatannya di misi pengaman PBB sejak tahun 1960; dan terus berusaha untuk menyokong usaha damai dan pembangunan negara yang baru pulih dari konflik


KERATAN AKHBAR TENTANG OIC


Isu-isu ekologi

  • Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat dengan Islam
  • Penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam
  • Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC.
  • Menjadi pengantara dalam menyelesaikan peperangan Iran dengan Iraq
  • Menganjur persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002
  • Menyediakan peruntukan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam pada tahun 2002 • Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain. 




KESIMPULAN



Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan politik Malaysia. Peranan Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysia dalam perkembangan social, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.

Tiada ulasan: