Jumaat, 25 September 2015

PENGENALAN

 

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izin Allah saya dan sahabat dapat menyiapkan blog ini untuk bacaan anda semua. Saya Siti Sarah binti Maswan bersama sahabat-sahabat saya iaitu Siti Nur Elissa Binti Mohd Dasuki, Kamales A/P Subramaniam, Saidatul Najihah binti Mohamed Nadzri dan Girija A/P Gopalkrishnan yang sama-sama menuntut di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim,Kedah dalam jurusan Geomatik. Di sini kami diberi tugasan untuk mencari dan mendalami tajuk yang diberi iaitu 'Dasar Malaysia tentang hal ehwal serantau dan dunia' oleh pensyarah kami iaitu Puan Mazlina Binti Omar yang mengajar subjek Pengajian Malaysia. Maka tercetuslah penulisan ini dalam bentuk blog. In Shaa Allah semoga blog ini dapat menjadi rujukan dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dalam mengenali negara kita ini,bukan sahaja di serantau malah di dunia In Shaa Allah.





ASEAN


PENGENALAN


ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA ASEAN. Selain itu, ANGGOTA ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN. Walaubagaimanapun, ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI BANGKOK.


OBJEKTIF


Tugasan ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Malaysia telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang besar dalam pertubuhan ASEAN antaranya dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial dan secara tidak langsung dapat memastikan kestabilan politik dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara.

Dalam tugasan ini, antara isu utama yang akan dibincangkan ialah, matlamat ASEAN ditubuhkan serta apakah peranan dan strategi yang dilakukan oleh Malaysia dalam meningkatkan bidang ekonomi dalam kalangan Negara-negara ASEAN. Secara khususnya. Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan yang amat besar dalam meningkatkan ekonomi diantara Negara serantau disamping mengambil tentang perkembangan dan kebajikan hubungan serantaunya.

Didalam tugasan ini juga, turut dibincangkan  mengenai peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan mana-mana Negara ASEAN. Terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN antaranya ialah Filipina dan juga Vietnam. Walaubagaimanapun, setiap masalah ini sentiasa ditangani dengan sebaiknya demi mengkekalkan kelangsungan hubungan antara Negara-negara tersebut. Ikuti perbincangan mengenai isu-isu tersebut dan perkembangannya didalam tugasan ini.


 KANDUNGAN DEKLARASI BANGKOK



1)   Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di Asia Tenggara.
2)   Meningkatkan kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3)   Memelihara kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang ada.
4)   Meningkatkan kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan Asia Tenggara.


TUJUAN


  •   Untuk mengekalkan dan mempertingkat keamanan, keselamatan dan kestabilan dan selanjutnya untuk memperkukuh nilai yang berteraskan keamanan di rantau ini; 
  •  Untuk mempertingkat ketahanan serantau dengan menggalakkan kerjasama politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya yang lebih erat; 
  •  Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain; 
  •  Untuk memastikan bahawa rakyat dan Negara Anggota ASEAN hidup dengan aman di kalangan rakyat seluruh dunia dalam persekitaran yang adil, demokratik dan penuh harmoni; 
  •  Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas; 
  • Untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan dalam ASEAN melalui bantuan bersama dan kerjasama; 
  •  Untuk memperkukuh demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undang-undang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN; 
  • Untuk bergerak balas secara berkesan, mengikut prinsip keselamatan yang menyeluruh, terhadap segala bentuk ancaman, jenayah rentas negara dan cabaran rentas sempadan.
  •  Untuk menggalakkan pembangunan yang lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang tinggi dipelihara.
  •  Untuk membangunkan sumber manusia melalui kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan  teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memantapkan Komuniti ASEAN.
  •  Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN dengan memberikan mereka peluang yang saksama bagi pembangunan modal insan, kebajikan sosial dan keadilan. Untuk memperkukuh kerjasama dalam membina persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas daripada dadah untuk rakyat ASEAN.
  •  Untuk memajukan ASEAN yang berorientasikan rakyat yang dalamnya kesemua sektor masyarakat digalakkan untuk turut serta dalam, dan memperoleh manfaat daripada, proses integrasi dan pembangunan komuniti ASEAN.
  • . Untuk memajukan suatu identiti ASEAN melalui peransangan kesedaran yang lebih besar terhadap kepelbagaian budaya dan warisan rantau ini.
  •  Untuk mengekalkan keutamaan dan peranan proaktif ASEAN sebagai daya penggerak utama dalam hubungan dan kerjasamanya dengan rakan kongsi luar dalam seni bina serantau yang terbuka, telus dan menyeluruh.


KEANGGOTAAN DAN MATLAMAT

Keanggotaan ASEAN

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.


MATLAMAT ASEAN

Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
  •     Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
  •     Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
  •     Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan
  •     Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
  •     Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.  


  

MATLAMAT ASEAN DITUBUHKAN


ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thailand, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.

Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Vietnam. Penubuhan Asean mempunyai lima peranan utama dan berikut adalah dua daripadanya:


Pertama
Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.

Kedua
Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
  •                   Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
  •          Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. Ini  hendaklah dilakukan berdasarkan hormat-menghormati sepenuhnya keadilan undang-undang di kalangan Negara rantau ini dan patuh kepada piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).
  •                 Menggalakkan kerjasama yang akif dan saling membantu terhadap perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaaan, teknikal,santifik  dan pentadbiran.
  •                    Tolong-menolong antara satu sama lain dalam bentuk latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan dalam bidang pelajaran professional, teknikal dan pentadbiran.
  •            Bekerjasama yang lebih berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan termasuk kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan  dan perhubungan dan meninggikan lagi taraf hidup rakyat negara-negara anggota.
  •                   Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain;
  •                 Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas;
  •               Untuk memperkukuh demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undang-undang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN;
  •            Untuk menggalakkan pembangunan yang lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang tinggi dipelihara; 
  •                  Untuk membangunkan sumber manusia melalui kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memantapkan Komuniti.    

  • Penubuhan Asean mempunyai 5 peranan utama dan berikut adalah 2 daripadanya:-
  1. Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.
  2. Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
  •  -Mengekalkan di rantau asia tenggara
  •  -Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.

POLITIK

 Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.

Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara serantau di Asia Tenggara.
Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu:

  1.  Kebanyakan negara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan maka amat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui satu pertubuhan yang sama.   
  2. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan hubungan serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis.
  3. Tekanan nasionalisme agar negara baharu merdeka berusaha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di dunia. Maka Malaysia berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara.
  4. Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai perbezaan falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan ideologi komunisnya,Indonesia sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenali sebagai “ranting Asia”.
  5. Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini berterusan masa depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia Tenggara perlu untuk membina benteng pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
  6.  Malaysia juga bimbang dengan pengaruh komunis dan teori Domino. 

 Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)
1. Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
2. Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik
3. Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik.
4. Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang ideologi dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN

Perjanjian SEANWFZ.
Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini,dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuklear.


 EKONOMI

I. Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura. Dimana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
II. Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea.


SOSIAL

I. Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
II. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membanteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
III. Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.
IV. Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu sukan SEA.
V. Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan sebutan.

PRINSIP

1. Bagi mencapai Tujuan yang dinyatakan dalam Perkara 1 ASEAN dan Negara Anggotanya mengesahkan dan mematuhi prinsip asasi yang terkandung dalam perisytiharan, perjanjian, konvensyen, persetujuan, triti dan surat cara ASEAN yang lain
 2. ASEAN dan Negara Anggotanya hendaklah bertindak mengikut Prinsip yang berikut:

  • menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan identiti nasional kesemua Negara Anggota ASEAN.
  • komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau.
  • menolak pencerobohan dan ancaman atau penggunaan kekerasan atau perbuatan lain dengan apa jua cara yang tidak selaras dengan undangundang antarabangsa.
  • pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman dan damai
  • tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN.
  • menghormati hak tiap-tiap Negara Anggota untuk memerintah negaranya sendiri bebas daripada campur tangan luar, perbuatan subversif dan paksaan.
  • meningkatkan perundingan tentang perkara yang menjejaskan secara seriusnya kepentingan bersama ASEAN.
  • mematuhi rukun undang-undang, tadbir urus yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan.
  • menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan menggalakkan keadilan sosial.
  • mendukung Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dipegang oleh Negara Anggota ASEAN; 
  • mengelak daripada turut serta dalam apa jua dasar atau aktiviti, termasuk penggunaan wilayahnya, yang dijalankan oleh mana-mana Negara Anggota ASEAN atau Negara Bukan ASEAN atau mana-mana pelaku bukan Negara, yang mengancam kedaulatan, keutuhan wilayah atau kestabilan politik dan ekonomi Negara Anggota ASEAN.
  • menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang berlainan, sambil menitikberatkan nilai bersamanya berdasarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian.
  • keutamaan ASEAN dalam politik, ekonomi, perhubungan sosial dan budaya luaran sambil kekal melibatkan diri secara aktif, memandang keluar, yang bersifat menyeluruh dan tidak mengamalkan diskriminasi.
  • mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim berasaskan peraturan ASEAN bagi melaksanakan secara berkesan komitmen ekonomi dan pengurangan secara beransur-ansur ke arah penghapusan segala sekatan terhadap integrasi ekonomi serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.

KEPERIBADIAN UNDANG-

UNDANG ASEAN ASEAN

sebagai suatu organisasi antara kerajaan, dengan ini diberikan keperibadian undang-undang. 

HAK DAN OBLIGASI 

1. Negara Anggota hendaklah mempunyai hak dan obligasi yang sama di bawah Piagam ini.
2. Negara Anggota hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, termasuk memperbuat perundangan domestik yang berkenaan, bagi melaksanakan peruntukan Piagam ini dengan berkesan dan untuk mematuhi segala obligasi keanggotaan
3. Dalam kes apabila berlakunya suatu pelanggaran serius terhadap Piagam ini atau ketidakpatuhan.

PENERIMAAN MASUK ANGGOTA

BARU 

1. Tatacara bagi permohonan dan penerimaan masuk ke dalam ASEAN hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN. 
2. Penerimaan masuk hendaklah berasaskan kriteria yang berikut: 

  •  lokasi di dalam rantau geografi Asia Tenggara yang diiktiraf.
  • pengiktirafan oleh kesemua Negara Anggota ASEAN
  • persetujuan untuk terikat dengan dan mematuhi Piagam.
  • keupayaan dan kesediaan untuk menjalankan obligasi sebagai Anggota. 
3. Penerimaan masuk hendaklah diputuskan secara konsensus oleh Sidang Kemuncak ASEAN, atas syor Majlis Penyelarasan ASEAN. 
4. Negara pemohon hendaklah diterima masuk ke dalam ASEAN setelah Negara Pemohon itu menandatangani Surat Ikatan Kesertaan kepada Piagam.

 BADAN PESIDANG KEMUNCAK 

ASEAN 

1. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah terdiri daripada Ketua Negara atau Kerajaan Negara Anggota. 
2. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah:-

  • menjadi badan pembuat dasar ASEAN yang utama.
  • membuat pertimbangan, mengadakan garis panduan dasar dan membuat keputusan tentang isu penting mengenai pelaksanaan objektif ASEAN, perkara kepentingan Negara Anggota ASEAN dan segala isu yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Penyelarasan ASEAN, Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN
  •  mengarahkan Menteri yang berkenaan dalam setiap Majlis yang berkenaan supaya mengadakan mesyuarat ad hoc antara Menteri, dan menangani isu penting berhubung  dengan ASEAN yang merentasi Majlis Komuniti. Peraturan tatacara bagi mesyuarat itu hendaklah diterima pakai oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
  • menangani keadaan darurat yang melibatkan ASEAN dengan mengambil langkah yang sewajarnya 
  • membenarkan penubuhan dan pembubaran Badan Menteri Sektor dan Institusi ASEAN yang lain. 
  • melantik Setiausaha Agung ASEAN, yang berpangkat dan berstatus Menteri, yang akan berkhidmat atas kepercayaan dan perkenan Ketua Negara atau Kerajaan atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN. 
3. Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah: 
  • diadakan dua kali setahun, dan Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN hendaklah menjadi tuan rumah.
  • diadakan, apabila perlu, sebagai mesyuarat khas  yang dipengerusikan oleh Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN, di tempat yang dipersetujui oleh Negara Anggota ASEAN. 

 MAJLIS PENYELARASAN ASEAN 

1. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah terdiri daripada Menteri Luar ASEAN dan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah:-

  • menyediakan mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN. 
  • menyelaraskan pelaksanaan perjanjian dan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN   
  •     (c) membuat penyelarasan dengan Majlis Komuniti ASEAN untuk mempertingkat kepaduan dasar, kecekapan dan kerjasama di kalangan mereka.
  •     (d) menyelaraskan laporan Majlis Komuniti ASEAN untuk dikemukakan kepada Sidang Kemuncak ASEAN
  •     (e) mempertimbangkan laporan tahunan Setiausaha Agung tentang kerja ASEAN
  •     (f) mempertimbangkan laporan Setiausaha Agung tentang fungsi dan operasi Sekretariat ASEAN dan badan lain yang berkaitan.
  •    (g) meluluskan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan Setiausaha Agung atas syor Setiausaha Agung
  •    (h) menjalankan tugas lain yang diperuntukkan dalam Piagam ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh diperuntukkan oleh Sidang Kemuncak ASEAN.
3. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang berkenaan. 
 MAJLIS KOMUNITI ASEAN
1. Majlis Komuniti ASEAN hendaklah terdiri daripada Majlis Komuniti PolitikKeselamatan ASEAN, Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN, dan Majlis Komuniti SosioBudaya ASEAN. 2. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah mempunyai Badan Menteri Sektor ASEAN yang berkaitan di bawah skopnya. 
3. Setiap Negara Anggota hendaklah menamakan wakil negaranya bagi setiap mesyuarat Majlis Komuniti ASEAN.
4. Bagi mencapai objektif setiap tiga tunggak Komuniti ASEAN, setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah: 

  •     (a) memastikan pelaksanaan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN yang berkaitan.
  •     (b) menyelaraskan kerja sektor yang berlainan di bawah skopnya, dan tentang isu yang merentasi Majlis Komuniti yang lain. 
  •     (c) mengemukakan laporan dan syor kepada Sidang Kemuncak ASEAN tentang perkara di bawah skopnya. 
5. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan hendaklah dipengerusikan oleh Menteri yang berkenaan daripada Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN. 
6. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang berkaitan.

 BADAN MENTERI SEKTOR ASEAN

 1. Badan Menteri Sektor ASEAN hendaklah: 
  •      (a) berfungsi mengikut mandat yang diwujudkan masing-masing. 
  •      (b) melaksanakan perjanjian dan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN di bawah skop masing-masing. 
  •      (c) memperkukuh kerjasama dalam bidang masing-masing bagi menyokong integrasi dan pembangunan Komuniti ASEAN.
  •      (d) mengemukakan laporan dan syor kepada Majlis Komuniti masing-masing. 
2. Setiap Badan Menteri Sektor ASEAN boleh mempunyai pegawai kanan dan badan subsidiari yang berkaitan di bawah skopnya untuk menjalankan fungsinya. Lampiran itu boleh dikemaskinikan oleh Setiausaha Agung ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap tanpa menggunakan peruntukan tentang Pindaan di bawah Piagam ini.

SETIAUSAHA AGUNG ASEAN DAN

 SEKRETARIAT ASEAN 

1. Setiausaha Agung ASEAN hendaklah dilantik oleh Sidang Kemuncak ASEAN bagi tempoh jawatan selama lima tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad, dengan pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada integriti, kebolehan dan pengalaman profesional, dan kesamarataan jantina. 
2. Setiausaha Agung hendaklah: 

  •      (a) menjalankan kewajipan dan tanggungjawab jawatan tinggi ini mengikut peruntukan Piagam ini dan surat cara, protokol dan amalan tetap ASEAN yang berkenaan. 
  •      (b) memudahkan dan memantau kemajuan dalam melaksanakan perjanjian dan keputusan ASEAN, dan mengemukakan laporan tahunan tentang kerja ASEAN kepada Sidang Kemuncak ASEAN. 
  •      (c) mengambil bahagian dalam mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN, Majlis Komuniti ASEAN, Majlis Penyelarasan ASEAN, dan Badan Menteri Sektor ASEAN serta mesyuarat ASEAN lain berkenaan. 
  •      (d) mengemukakan pandangan ASEAN dan mengambil bahagian dalam mesyuarat yang diadakan dengan pihak luar mengikut garis panduan dasar yang diluluskan dan mandat yang diberikan kepada Setiausaha Agung. 
  •      (e) mengesyorkan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan Setiausaha Agung kepada Majlis Penyelarasan ASEAN untuk kelulusan. 
3. Setiausaha Agung hendaklah juga menjadi Ketua Pegawai Pentadbir ASEAN. 
4. Setiausaha Agung hendaklah dibantu oleh empat orang Timbalan Setiausaha Agung dengan pangkat dan status Timbalan Menteri. Timbalan Setiausaha Agung hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung dalam
 menjalankan fungsi mereka. 
5. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah berlainan kerakyatannya daripada Setiausaha Agung dan hendaklah berasal dari empat Negara Anggota ASEAN yang berlainan. 
6. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah terdiri daripada: 

  •      (a) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama satu tempoh tiga tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad, dengan mengambil kira integriti, kelayakan, kecekapan, pengalaman dan kesamarataan jantina. 
  •      (b) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama satu tempoh tiga tahun, yang boleh diperbaharui selama tiga tahun lagi. Kedua-dua Timbalan Setiausaha Agung ini hendaklah diambil ke Jawatan itu secara terbuka berdasarkan merit. 
7. Sekretariat ASEAN hendaklah terdiri daripada Setiausaha Agung dan apa-apa bilangan kakitangan sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setiausaha Agung dan kakitangannya hendaklah: 
  • (a) mempunyai tahap integriti, kecekapan dan kekompetenan yang paling tinggi dalam melaksanakan kewajipan mereka. 
  • (b) tidak boleh meminta atau menerima arahan daripada mana-mana kerajaan atau pihak lain di luar ASEAN. 
  • (c) mengelak daripada melakukan apa-apa tindakan yang mungkin menjejaskan kedudukan mereka sebagai pegawai Sekretariat yang bertanggungjawab hanya kepada ASEAN sahaja. 
9. Setiap Negara Anggota ASEAN mengaku janji untuk menghormati ciri ASEAN yang eksklusif berhubung dengan tanggungjawab Setiausaha Agung dan kakitangannya, dan tidak cuba untuk mempengaruhi mereka dalam menunaikan kewajipan mereka.

JAWATANKUASA WAKIL TETAP

 ASEAN 

1. Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah melantik seorang Wakil Tetap ASEAN dengan pangkat Duta Besar yang berpangkalan di Jakarta. 
2. Wakil Tetap ini secara kolektif membentuk suatu Jawatankuasa Wakil Tetap, yang hendaklah: 

  • (a) menyokong kerja Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN.
  • (b) membuat penyelarasan dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN yang lain.
  • (c) berhubung dengan Setiausaha Agung ASEAN dan Sekretariat ASEAN tentang segala hal perkara yang berkaitan dengan kerjanya.
  • (d) memudahkan kerjasama ASEAN dengan rakan kongsi luar.
  • (e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.

SEKRETARIAT KEBANGSAAN 

ASEAN

 Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah menubuhkan suatu Sekretariat Kebangsaan ASEAN yang hendaklah: 
  • (a) berfungsi sebagai tempat tumpuan kebangsaan. 
  • (b) menjadi wadah maklumat tentang segala perkara ASEAN di peringkat kebangsaan.
  • (c) menyelaraskan pelaksanaan keputusan ASEAN di peringkat kebangsaan. 
  • (d) menyelaraskan dan menyokong penyediaan mesyuarat ASEAN peringkat kebangsaan 
  • (e) memajukan identiti dan kesedaran ASEAN di peringkat kebangsaan.
  • (f) menyumbang kepada pembangunan komuniti ASEAN.

BADAN HAK ASASI MANUSIA

 ASEAN 

1. Selaras dengan tujuan dan prinsip Piagam ASEAN yang berhubungan dengan penggalakan dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asasi, ASEAN hendaklah menubuhkan suatu badan hak asasi manusia ASEAN. 
2. Badan hak asasi manusia ASEAN ini hendaklah beroperasi mengikut terma rujukan yang ditentukan oleh Mesyuarat Menteri Luar ASEAN.

YAYASAN ASEAN 

1. Yayasan ASEAN hendaklah menyokong Setiausaha Agung ASEAN dan bekerjasama dengan badan ASEAN yang berkaitan untuk menyokong pembangunan komuniti ASEAN dengan memupuk kesedaran yang lebih besar tentang identiti ASEAN, interaksi antara insan, dan kerjasama erat di kalangan sektor perniagaan, masyarakat awam, alam akademik dan pihak lain yang berkepentingan dalam ASEAN.
2. Yayasan ASEAN hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung ASEAN, yang hendaklah mengemukakan laporannya kepada Sidang Kemuncak ASEAN melalui Majlis Penyelarasan ASEAN.

KEKEBALAN DAN 

KEISTIMEWAAN ASEAN

1. ASEAN boleh menikmati, di wilayah Negara Anggota, kekebalan dan keistimewaan sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan tujuannya. 
 2. Kekebalan dan keistimewaan itu hendaklah ditetapkan dalam perjanjian yang berasingan antara ASEAN dengan Negara Anggota yang menjadi tuan rumah. 


PERUNTUKAN PIAGAM BANGSA-

BANGSA BERSATU DAN 

TATACARA ANTARABANGSA

 LAIN YANG BERKAITAN 

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Piagam ini, Negara Anggota mempunyai hak untuk menggunakan kaedah penyelesaian secara aman damai .Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana surat cara undang-undang antarabangsa yang lain yang Negara Anggota yang bertikai itu menjadi pihak kepadanya.


BELANJAWAN DAN KEWANGAN

1. ASEAN hendaklah mewujudkan peraturan dan tatacara kewangan mengikut standard antarabangsa. 
2. ASEAN hendaklah mematuhi dasar dan amalan pengurusan kewangan yang baik dan disiplin belanjawan yang baik. 
3. Akaun kewangan hendaklah tertakluk kepada audit dalaman dan luar.

BELANJAWAN PENGENDALIAN

DAN KEWANGAN SEKRETARIAT

ASEAN

1. Sekretariat ASEAN hendaklah diperuntukkan dengan sumber kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan fungsinya secara berkesan. 
2. Belanjawan pengendalian Sekretariat ASEAN hendaklah ditanggung oleh Negara Anggota ASEAN melalui sumbangan tahunan yang sama banyak yang hendaklah diremitkan dalam masa yang sepatutnya. 
3. Setiausaha Agung hendaklah menyediakan belanjawan pengendalian tahunan bagi Sekretariat ASEAN untuk diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap. 
4. Sekretariat ASEAN hendaklah dikendalikan mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang ditentukan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap. 


 PROTOKOL DAN AMALAN 

DIPLOMATIK ASEAN 

Negara Anggotanya hendaklah mematuhi protokol dan amalan diplomatik yang sedia ada dalam menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan ASEAN. Apa-apa perubahan hendaklah diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap.

BAHASA KERJA ASEAN 

Bahasa kerja ASEAN ialah bahasa Inggeris. 

IDENTITI DAN LAMBANG

IDENTITI ASEAN

ASEAN hendaklah memajukan identiti ASEAN bersama dan semangat kekitaan di kalangan rakyatnya bagi mencapai hala tujuan, matlamat dan nilai yang dikongsinya bersama. 

COGAN KATA ASEA

Cogan kata ASEAN ialah: ”Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. 

 PENJALANAN HUBUNGAN

LUAR 

1. ASEAN hendaklah menggalakkan hubungan persahabatan dan dialog yang memberikan manfaat bersama, kerjasama dan perkongsian dengan negara dan organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa. 
2. Hubungan luar ASEAN hendaklah mematuhi tujuan dan prinsip yang ditetapkan dalam Piagam ini. 
3. ASEAN hendaklah menjadi daya penggerak utama dalam perkiraan serantau yang dimulakannya dan mengekalkan keutamaannya dalam kerjasama dan pembangunan komuniti serantau. 
4. Dalam menjalankan hubungan luar ASEAN, Negara Anggota hendaklah, berdasarkan kesatuan dan perpaduan, menyelaraskan dan berusaha untuk mewujudkan pendirian bersama dan berusaha untuk melakukan tindakan bersama. 
5. Arah dasar strategik hubungan luar ASEAN hendaklah ditetapkan Sidang Kemuncak ASEAN atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN. 
6. Mesyuarat Menteri Luar ASEAN hendaklah memastikan keselarasan dan kepaduan dalam menjalankan hubungan luar ASEAN. 
7. ASEAN boleh membuat perjanjian dengan negara atau organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa. Tatacara bagi membuat perjanjian itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN setelah berunding dengan Majlis Komuniti ASEAN. 

HUBUNGAN DENGAN SISTEM

 BANGSA-BANGSA BERSATU DAN

 ORGANISASI DAN INSTITUSI

ANTARABANGSA YANG LAIN 

1. ASEAN boleh mendapatkan status yang bersesuaian dengan sistem BangsaBangsa Bersatu dan juga dengan organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa yang lain. 
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah memutuskan mengenai penyertaan ASEAN dalam organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa yang lain. 

 BENDERA ASEAN 

Bendera ASEAN menggambarkan ASEAN yang stabil, aman damai, bersatu dan dinamik. Warna Bendera biru, merah, putih dan kuning menggambarkan warna utama bendera kesemua Negara Anggota ASEAN. 
  • Biru melambangkan keamanan dan kestabilan. 
  • Merah menggambarkan keberanian dan dinamisme. 
  • Putih menunjukkan kesucian
  • kuning melambangkan kemakmuran
  • Tangkai padi menggambarkan impian Bapa Pengasas ASEAN bagi suatu ASEAN yang terdiri daripada semua negara di Asia Tenggara yang terikat dengan persahabatan dan perpaduan. Bulatan menggambarkan kesatuan ASEAN. 

 KERJASAMA





Kerjasama Politik

1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.

2.    Matlamat penubuhannya ialah:


  •    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
  •     Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
  •    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
  •    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.

3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.

4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.


Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian
  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan

Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:

  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;
  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

FUNGSI-FUNGSI KERJASAMA ASEAN

Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:
  • Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN 
  • Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN 
  • Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN 
  • Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN 
  • Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN 
  • Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN

PRINSIP-PRINSIP UTAMA ASEAN

 Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara 
  • Menyelesaikan permasalahan atau perdebatan dengan aman 
  • Menolak penggunaan ketenteraan 
  •  Meningkatkan kerjasama efektif antara anggota.

KEAHLIAN ASEAN

  •  Malaysia
  •  Brunei Darussalam
  •  Filipina
  •  Indonesia
  •  Kemboja
  • Laos
  • Myanmar
  •  Singapura
  •  Thailand
  • Vietnam



CABARAN ASEAN

Ekonomi
Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.


SosialNegara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.


Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.





PERANAN DAN STRATEGI MALAYSIA 


DALAM MEMBANTU 


MENINGKATKAN EKONOMI 


DIKALANGAN NEGARA-NEGARA 


ASEAN

 Penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Malaysia kini telah mencapai reputasi yang baik sebagai hab operasi global dan serantau 
bagi perkilangan dan perkhidmatan dengan menarik pelaburan yang akan 
mempercepatkan peralihan negara kepada industri bernilai ditambah tinggi, 
berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan serta berasaskan inovasi. Pendekatan 
ekosistem MIDA dalam pembangunan pelaburan memainkan peranan penting dalam 
memastikan kejayaan ini. Setelah empat dekad bagi menggalakkan dan menyelaras 
pembangunan perindustrian, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 
menerima nama baharu dan skop tanggungjawab yang lebih luas pada tahun 
2011.Ekonomi, agensi ini telah dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan 
Pelaburan Malaysia dan diberikan peranan utama dalam menerajui agenda pelaburan 
nasional untuk memacu matlamat Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

Malaysia memecah kesemua rekod pelaburan dan pekerjaan pada tahun 2012, tetapi 
projek pelaburan berkualiti dan pekerjaan yang benar-benar menonjol. Pencapaian luar 
biasa telah dapat dicapai hasil daripada strategi baharu Kerajaan untuk menarik 
pelaburan berkualiti dalam sektor yang disasarkan. Perkongsian strategik dengan 
agensi-agensi pembangunan ekonomi negara telah menyokong usaha MIDA dalam 
meningkatkan profil Malaysia sebagai lokasi yang ideal bagi perniagaan bernilai 
ditambah tinggi. Antara pencapaian Malaysia sepanjang tahun 2012 hasil daripada 
pelaburan ini ialah:
  •     Menarik jumlah pelaburan langsung tertinggi yang pernah direkod: RM162.4 bilion
  •    Menjana 182,841 pekerjaan – melebihi daripada tahun-tahun sebelum ini
  •    Meningkatkan lanskap pelaburan domestik
  •   Melaksanakan kemajuan kukuh dalam pembangunan industri bagi teknologi baharu dan baharu muncul
  •   Memperkukuh ekosistem industri sedia ada seperti semikonduktor, diod pemancar cahaya (LED), solar dan jentera & kelengkapan (M&E)
  •  Memperkukuh reputasi Negara  sebagai hab global dan serantau bagi perkilangan dan perkhidmatan
  •   Mengimbangi pembangunan lima koridor ekonomi Negara
Secara tidak langsung, penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ini telah banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi dalam Negara-negara serantau ASEAN. Sesuatu yang amat memberangsangkan adalah aliran masuk pelaburan domestik meningkat dengan ketara sebanyak hampir empat kali ganda jumlah pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun 2012. Ini merupakan satu petunjuk yang jelas akan keyakinan perniagaan tempatan dan Negara serantau terhadap keupayaan negara dalam memajukan para pelabur. Berikut adalah Graf 1 Aliran masuk FDI ke ASEAN, 2011(US$ bilion):





Dalam rantau membangun Asia Timur dan Asia Tenggara, aliran masuk FDI mencapai rekod baharu   pada tahun 2012. Jumlah aliran masuk FDI bernilai US$336 bilion, yang merupakan 22 peratus daripada jumlah aliran masuk global. Asia Tenggara sahaja telah mencatatkan aliran masuk sebanyak  US$117 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus daripada tahun sebelumnya. Asia Timurmencatatkan aliran masuk sebanyak US$219 bilion, manakala Asia Tenggara tetap mengalami pertumbuhan FDI yang lebih cepat. Antara ekonomi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura semuanya mencapai peningkatan yang ketara dalam aliran masuk FDI. Malaysia merupakan penerima ketiga terbesar dalam aliran masuk FDI di antara Negara-negara ASEAN pada tahun 2011 selepas Singapura dan Indonesia. 

Aliran masuk FDI ke Singapura mencatatkan pertumbuhan kukuh daripada US$48.6 bilion pada tahun 2010 kepada US$64 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Indonesia mengalami peningkatan sebanyak 37.9 peratus daripada US$13.7 bilion pada tahun 2010 kepada US$18.9 bilion pada tahun 2011. Pertumbuhan dalam negara-negara ASEAN telah didorong terutamanya oleh permintaan domestic dan pengembangan kukuh dalam aktiviti sector swasta. Berdasarkan trend aliran masuk FDI, aliran keluar FDI global juga meningkat sebanyak 17 peratus daripada US$1.45 trilion pada tahun 2010 kepada US$1.69 trilion pada tahun 2011. Tahap ini kekal di bawah paras tertinggi sebanyak US$2.2 trilion yang telah dicapai pada tahun 2007. Peningkatan ini adalah terutamanya oleh pertumbuhan aliran keluar FDI daripada negara-negara maju. Aliran keluar FDI daripada ekonomi maju berkembang sebanyak 25 peratus daripada US$0.99 trilion pada tahun 2010 kepada US$1.24 trilion pada tahun 2011, manakala FDI daripada ekonomi peralihan meningkat sebanyak 19 peratus.


      AUTOMOTIF (Industri kelengkapan Pengangkutan)
Ianya merangkumi subsektor automotif, aeroangkasa dan pembinaan kapal dan pembaikan kapal. Subsektor automotif adalah yang terbesar dalam industri ini yang meliputi pengilangan atau pemasangan kenderaan bermotor (termasuk motor beroda dua), pemulihan semula / pemasangan semula / pembinaan semula / pengubahan kenderaan bermotor dan pengilangan bahagian dan komponen, termasuk koc dan badan kenderaan.


Dalam menggalakkan usaha ke arah teknologi hijau, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2010 telah menghasilkan peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran kenderaan hibrid/ elektrik kepada RM792.4 juta pada tahun 2012. Ia juga telah peningkatkan pelaburan dalam pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan bernilai ditambah tinggi kepada RM262 juta pada tahun 2012. Menuju kehadapan, NAP akan dikaji semula untuk terus menekankan kepada kenderaan cekap tenaga berteknologi tinggi (EEV). Fokus berkemungkinan akan  memberi tumpuan kepada meneruskan liberalisasi ke atas subsektor automotif bagi menggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar komponen automotif berteknologi tinggi untuk bersaing dengan industri motor ASEAN dari segi pertumbuhan dan jumlah eksport. Berikut adalah jadual kenderaan bermotor dalam ekonomi utama ASEAN:



SUMBANGAN DAN BANTUAN EKONOMI

 MALAYSIA KEPADA NEGARA-NEGARA

 ASEAN ATAS DASAR KEPERIHATINAN 


Laporan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Malaysia komited kepada IAI (Inisiatif Integrasi ASEAN). Sejak 1981, bantuan teknikal yang diberikan kepada negara-negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) termasuk  kursus-kursus latihan yang dikendalikan di bawah Pelan Kerja IAI keseluruhannya berjumlah lebih daripada RM38 juta atau AS$10 juta. Baru-baru ini Malaysia menyumbangkan sebanyak AS$1.53 juta (RM8.89 juta) kepada Pelan Kerja IAI bagi tahun 2003-2005.Dalam sokongan seterusnya bagi IAI, Malaysia akan menyediakan geran tambahan sehingga AS$500,000 (RM1.9 juta) untuk menyokong Projek Sekolah Pintar bagi CLMV. Inisiatif ini menyediakan negara-negara berkenaan dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pakej program pembangunan sumber manusia. Dengan itu, komitmen Malaysia untuk 2006-2008 akan menjadi AS$2.62 juta (RM9.96 juta). Sebagai tambahan, Malaysia sedia untuk menimbangkan bantuan bentuk lain bagi
menyokong usaha integrasi ASEAN.Malaysia turut berkongsi keperihatinan global terhadap Avian Influenza. Berdasarkan pengalaman Malaysia dalam menangani kemunculan wabak penyakit baru seperti Nipah Encephalitis pada 1998-1999, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) pada 2003 dan Avian Influenza (selesema burung) pada 2004, Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau bagi Influenza pada mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Avian Influenza
di Geneva.  Negara-negara anggota telah menunjukkan sokongan untuk menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau ini di Malaysia sejak kewujudan beberapa pusat rujukan WHO bagi selesema manusia ditempatkan di luar rantau ASEAN.Sebagai tambahan, dengan kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan dalam membuat diagnostik, Malaysia juga mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan dan Penyelidikan Avian Influenza Serantau.Dengan kedua-dua sistem kawalan bagi haiwan dan manusia di sebuah negara, ia akan menjadi mekanisme amaran awal bagi pengawasan serangan selesema di rantau ini. Ia merupakan sumbangan Malaysia ke arah keselamatan kesihatan global.

 Bantuan kepada mangsa banjir
Pada 21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kepada empat Negara Asean (Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina) yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda wilayah itu dan masing-masing menerima US$100,000 (kira-kira RM316,000) daripada kerajaan Malaysia pada. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan cek bantuan itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada Duta-Duta Kemboja, Myanmar, Laos dan Filipina.

Ketika berucap, Anifah berkata Malaysia berbangga kerana berada dalam budaya apabila setiap anggota Asean sentiasa saling menghulurkan bantuan pada masa yang diperlukan.

"Menjadi tanggungjawab sosial yang sangat penting bagi kerajaan Malaysia untuk menghulurkan pertolongan dan menawarkan bantuan lain kepada negara berjiran dalam Asean, mengikut kemampuan dan keupayaan kami" katanya.

Malaysia berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan bebanan keempat-empat kerajaan berkenaan dalam usaha mereka untuk memulihkan dan membangunkan semula kawasan di wilayah yang terjejas teruk akibat banjir. Princess Samdech Reach Botrei Preah Anoch Norodom Arunsamy mewakili Kemboja, U Tin Lat mewakili Myamnar, Laos oleh Khamphan Anlavan dan Filipina pula oleh Jose Eduardo E. Malaya III.

Lebih 1,000 orang dalam wilayah terbabit terkorban dalam banjir yang melanda baru-baru ini, dengan yang terbaru di Filipina, manakala kerosakan jalan raya, sekolah, dan jambatan dijangka mencecah berbilion-bilion ringgit.Dengan adanya sumbangan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu Negara yang terlibat untuk memulihkan infrasruktur dan menghulurkan bantuan makanan serta keperluan kepada mangsa yang terlibat.

 Globalisasi Ekonomi: Kebergantungan ekonomi Malaysia antara Negara serantau

Dalam sistem ekonomi global, tiada Negara yang mempunyai ekonomi yang lengkap. Setiap Negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang. Dengan itu, kekurangan dalam sesebuah Negara akan dapat ditampung oleh kelebihan Negara yang lain. Sebagaimana Malaysia, Negara kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam membantu untuk membekalkan bahan mentah seperti kelapa sawit, petroleum dan juga pelbagai lagi sektor pertanian kepada Negara lain dan Asean khususnya. Walaubagaimanapun, kita juga masih memerlukan kelebihan tenaga daripada Negara lain khususnya dalam Negara serantau untuk menampung kekurangan di dalam Negara kita. Sebagai contoh:

Perkongsian buruh dan tenaga pakar
  •  Kekurangan buruh & tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain.Contohnya Malaysia bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.
  •  Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dengan pesat manakala Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit hasil gaji/upah warganya yang bekerja dalam sektor tersebut di Malaysia.
  • Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.
  Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara lain.
  • Malaysia amat bergantung kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan sumber makanan dari negara-negara lain. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand untuk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
  •  Bergantung kepada Filipina untuk bekalan gula, Indonesia untuk bekalan beras.
  •  Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dan lain-lain untuk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit dan getah asli.
  •  Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara seperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dan lain-lain. Contohnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat bergantung kepada pasaran negara Timur Tengah.
  •  Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia untuk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dan lain-lain.
  •  Tanpa modal asing Malaysia tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menggerak, menjana dan memperkasakan ekonominya.
  •  Negara maju yang banyak melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea, USA, England, Jerman dan lain-lain disamping pelaburan dari negara serantau Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.


Secara  tidak langsung, proses saling bergantung diantara Negara Malaysia dan juga Negara serantau khususnya telah mewujudkan satu jalinan ekonomi yang mampu untuk mencorakkan dan meningkatkan taraf ekonomi antara Negara terlibat. Setiap kelebihan  yang dimiliki oleh mana-mana Negara adalah merupakan satu aset yang dapat membantu untuk menutup kelompangan yang terdapat pada Negara lain. Jalinan ekonomi ini membuka ruang dan peluang kepada Negara-negara serantau untuk meningkatkan dan meperluaskan pasaran ekonomi masing-masing sebagai contoh, Malaysia memerlukan tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor pertanian dan pembangunan dan bahan mentah seperti beras. Secara tidak langsung ianya telah membuka ruang kepada rakyat dan  pengusaha di Indonesia untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia serta memberi ruang kepada para pengusaha untuk memasarkan produk mereka di Malaysia.

Ianya sejajar dengan matlamat penubuhan asean itu sendiri iaitu, bekerjasama yang lebih berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan termasuk kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan  dan perhubungan dan meninggikan lagi taraf hidup rayat Negara-negara anggota.

PERISTIWA YANG MENJEJASKAN

 HUBUNGAN DIPLOMATIK ANTARA

 MALAYSIA DENGAN MANA-MANA

 NEGARA ASEAN


 Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Ketika awal penubuhan Asean, hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Filipina  kurang baik disebabkan tuntutan Filipina terhadap sabah. Filipina  tidak mahu menggugurkan tuntutannya ke atas sabah lebih-lebih lagi dalam tahun berikutnya iaitu pada tahun 1968. Pada tahun itu, Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengkhianatan terhadap wilayah Malaysia itu. Boleh dikatakan, sepanjang tahun 1968 itu, hubungan diantara Malaysia- Filipina adalah seperti “ ranjau di dalam daging”.  Walaubagaimanapun, Malaysia meneruskan usaha damainya dengan Filipina dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian. Rundingan demi rundingan telah beberapa kali diadakan di Bangkok namun semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Malahan Filipina telah meletakkan satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Undang-undang ini telah dibuat melalui satu Akta Perampasan Sabah dan tindakan tersebut telah menyebabkan terputusnya semula hubungan dilomatik antara kedua-dua buah Negara. 

 Tuntutan berlarutan
Akibat daripada persengketaan itu, kegiatan ASEAN telah terhenti buat seketika. Sungguhpun Malaysia telah menyambung kembali hubungan diplomatiknya dengan Filipina beberapa tahun kemudian, namun tuntutan Filipina tehadap sabah masih tidak digugurkan. Tuntutannya berlarutan hingga tahun 1991. Pada Ogos 1977, Presiden Marcos iaitu presiden kepada Filipina telah berikrar akan mengugurkan tuntutan  itu ketika Sidang Ketua Kerajaan ASEAN di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ikrar itu tidak dikotakannya. Tuntutan Filipina itu merupakan “duri dalam daging” hubungan Malaysia- Filipina malahan dalam hubungan Negara-negara Asean seluruhnya.

Kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia
Pada tahun 1978, Malaysia telah dikejutkan dengan kemasukan pelarian daripada Vietnam. Kemasukan pelarian Vietnam ini membimbangkan kerajaan kerana kemungkinan ada dikalangan pelarian ini yang terdiri daripada komunis. Kerajaan khuatir sekiranya mereka menjalankan kegiatan yang subversif apabila mereka mendarat di Negara ini. Kemungkinan besar juga berlaku kegiatan-kegiatan penyeludupan senjata api ke Negara ini. Inilah yang membimbangkan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, sejak tahun 1978 lagi, Negara kita telah mengambil pendirian tegas dalam hal ini walaupun amat mengambil berat tentang kebajikan dan berperikemanusiaan dalam menangani isu pelarian ini. Ini berikutan dengan ketibaan kapal kargo Hai Hong di pelabuhan klang. Kejadian ini berlaku dalam bulan November tahun tersebut. Apa yang menjadi isu ialah muatan kargo yang sepatutnya diisi dengan barang telah diisikan dengan sekumpulan manusia yang merupakan rakyat yang tidak diingini oleh Vietnam. Mereka juga tidak mahu tinggal di bawah pemerintahan komunis Negara mereka

Sebelum peristiwa ketibaan kapal Hai Hong ini, iaitu pada tahun 1977, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam supaya kedua-dua Negara dapat memupuk persahabatan. Dengan adanya hubungan persahabatan yang baik, Kuala Lumpur akan menjadi ‘pendorong’ kepada hubungan baik dengna Negara-negara Asean yang lainnya. Bagaimanapun, niat baik kita untuk membantu Vietnam telah dibalas dengan perbuatan yang menghampakan kita. Negara itu telah mengambil kesempatan dengan niat baik Malaysia dengan mengeskportkan rakyatnya yang menentang pemerintahan komunis.
Dato’ Tun Hussein Onn telah memberikan amaran keras kepada Vietnam dan Malaysia tidak teragak-agak memutuskan hubungan diplomatik jika Negara itu terus mengancam keselamatan Negara kita. Walaubagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan oleh Vietnam dan Malaysia terpaksa menarik balik semua bantuannya terhadap Vietnam. Hubungan Malaysia dan Vietnam bertambah tegang namun Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Negara itu demi untuk mengekalkan saluran hubungan. Ini kerana Negara kita masih menaruh keyakinan ia akan menjadi saluran bagi menyelesaikan masalah berbagai-bagai masalah terutamanya masalah yang berbangkit dari sengketa Kampuchea.

RUMUSAN



Sebagai konklusinya, antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.



Secara tidak langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan  dan sumbangan yang telah mewujudkan strategi  efektif dalam melakar dan meningkatkan corak ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh inovatif. Usaha Malaysia yang pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi telah memberi galakan dan peluang kepada Negara serantau untuk turut sama dalam menaik taraf ekonomi Negara masing-masing. Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang amat mengambil berat mengenai perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan cukup perihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan didalam tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang  timbul, Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan kelansungan hubungan antara Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.