Jumaat, 25 September 2015

KOMANWEL


PENGENALAN

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

SEJARAH

Komanwel ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan 
british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang maju dan yang sedang membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL ditubuhkan dan ibu pejabat KOMANWEL terletak di London.Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British,Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1926 hasil idea Lord Rosebury. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 

MATLAMAT KOMANWEL


Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british 


OBJEKTIF

  1. Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota
  2. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
  3. Menaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota
  4. Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan British terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain
  5. Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
  6. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

PRINSIP


  1. Keamanan penting untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia seagat
  2. Kepercayaan kepada kebebasan dan hak individu
  3. Menghalang penganiayaan ke atas pembangunan manusia
  4. Kerjasama penting bagi menghapuskan ketidakadilan.


TUJUAN PENUBUHAN

  • Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
  • Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
  • Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
  • Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
  • Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
  • Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.



KEAHLIAN ANGGOTA KOMANWEL

1. Eropah


    2. Amerika Utara

    3. Amerika Selatan

    4.Afrika

     5.Asia

    6.Australia dan Oceania

    7.Ahli yang kini digantung:

    • Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)

    8.Bekas ahli:

    • Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
    • Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
    • Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.
    • Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013.


    PENGLIBATAN MALAYSIA


    1. Membangkitkan isu-isu ekonomi
    2. Membantu membangunkan sosioekonomi negara anggota dan kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain
    3. Malaysia membangkitkan isu kemanusia terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Apaarteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum
    4. Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel
    5. Malaysia telah memberi maklumat kepada Sri Lankatentang cara penanaman benih pokok getah.
    6. Malaysia juga memberikan biasiswa kepada pelajar Britain,India,New Zealand dan lain-lain.
    7. Isu alam sekitar yang telah menarik pandangan negara dunia iaitu mengenai kemerosotan dan pencemaran alam sekitar.Ekoran itu,ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan bebraapa rancangan yang merangkumi:-
    • Penubuhan tabung antarabangsa untuk memlihara alam sekitar
    • Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan membangun
    • Pengurangkan pencemaran laut
    • Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

    PERANAN MALAYSIA


    • Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
    • Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
    • Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
    • Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
    • Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.
    • Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain negara untuk belajar di negara kita.

    FAEDAH MALAYSIA MENYERTAI KOMANWEL


    • Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
    • Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
    • Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
    • Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi perlombongan dan perladangan.
    • Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.


    KEPENTINGAN MALYSIA DALAM KOMANWEL


    Pada peringkat awal kemerdekaan.Malaysia masih nergantung kepada British dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) yang ditandatangani pada oktober 1957.Malaysia mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan pengairan Sabah dan Serawak daripada pencerobohan Indonesia.Semasa darurat,Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis.Pada tahun 1950,Malaysia mendapat bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang teknologi. 

    SUMBANGAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL


    1. Menganjurkan mersyuarat CHOGM 1989
    2. Mengistiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran
    3. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dassar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
    4. Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. 

    SUKAN KOMANWEL


    Sukan Komanwel adalah acara  pelbagai jenis sukan.Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

    1. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario,Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepadaSukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

    2. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

     ACARA SUKAN contah;Angkat berat,Aquatik,Renang,Renang berirama.

    1.  KESIMPULAN

    1. Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion pendududk, negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden. Badan ini berasaskan perunding, perbincangan dan kerjasama. Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan..

    Tiada ulasan: