Jumaat, 25 September 2015

KESIMPULAN

 

Kesimpulan yang kami dapat ialah mengenai pentingnya toleransi dalam sesebuah negara dan masyarakat kita ini yang berbilang kaum dan agama kerana dengan adanya sikap ini dalam setiap diri individu,masyarakat dan negara  kita dapat mengelakkan daripada permusuhan sesama sendiri. Setelah selesai kajian ini, kami amat berbangga  kerana menjadi sebahagian daripada penduduk dan pemilik negara bernama Malaysia dan amat bersyukur kehadrat Illahi kerana telah diberikan nikmat yang melimpah ruah dengan mengurniakan sebuah negara yang aman dan damai tanpa ada sebarang pertumpahan darah.

     Melalui pemerhatian ini juga, jelaslah bahawa toleransi juga mendidik kita agar menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari sudut agama dan dari sudut apa pun yang mengajar kita untuk menerima pendapat orang lain walaupun ia bercanggah dengan apa yang kita inginkan.

  
    Akhir sekali kami berharap semoga blog ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang manfaat untuk kita semua menghayati dan mengenali negara kita sendiri Malaysia dengan penuh cinta akan tanah air.Alhamdulillah dan In Shaa Allah kami akan menulis lagi artikal yang lebih menarik lagi pada masa hadapan. Akhir kata kami memohon maaf jika ada tersalah kata dan bahasa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang khilaf itu datangnya dari diri kami sendiri,sekian Assalamualaikum :)



Tiada ulasan: